Thursday, September 30, 2010

Definisi Konstruktivisme


Definisi Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi melalui pengalaman pancaindera ataupun terdapat
pengetahuan sejati dalam mental pelajar.
Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar untuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran, penerangan ataupun “perpindahan” pengetahuan kepada pelajar,tetapi merupakan penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar membina konsep mental yang diperlukan .   Pendekata,ilmu pengetahuan diperolehi dengan cara pembinaan pelajar sendiri melalui pengalaman,renungan & pengabstrakan.
Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri. Guru cuma berperanan sebagai fasilitator ataupun pembimbing

Prinsip Pembelajaran Konstruktivime
Pembelajaran adalah satu proses aktif.
Manusia belajar semasa mereka belajar.
Minda yang aktif bukan fizikal
Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial.
Pembelajaran adalah kontekstual.
Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh dipelajari.
Pembelajaran memerlukan masa.
Motivasi dalam pembelajaran adalah penting





 Apakah kontruktivisme?
·         Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru 
·         Konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang diasaskan kepada beberapa teori pembelajaran, di antaranya teori perkembangan kognitif dan teori kognitif sosial.
·         Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia membina pemahaman dan pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan mengalami dan membuat refleksi ke atas pengalaman tersebut.
·         Konstruktivisme merupakan satu pendekatan yang didapati sesuai dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran . Dalam pendekatan ini murid dianggap telah mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum dipelajari. Idea tersebut mungkin benar atau tidak.

Konstruktivisme melibatkan lima fasa, iaitu:
·         Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran melalui soal jawab atau ujian.
·         Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau pendiriannya.
·         Guru membimbing murid menstruktur semula idea.
·         Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh untuk menguji kesahihannya.
·         Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama dengan idea yang baru diperoleh.
·         “Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar”. Apakah pendapat anda? 




Cara-cara Pelajar Membina Konsep konstruktivisme

  •   Pelajar membuat penyelesaian matematik dengan manipulatif.
  •   Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka.
  •  Pelajar menulis hasil pengalaman mereka.
  • Pelajar belajar cara penemuan mereka.
  • Pelajar berfikir secara mencapah.
  • Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka

Keberkesanan strategi pengajaran kontruktivisme
·        Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu konsep.
·        Pelajar dapat berkongsi persepsi/pandangan/idea antara satu sama lain.
·       Pelajar dapat menerima serta menghormati semua pandangan daripada rakan-rakan 
·      Semua pandangan diterima dan tidak dipandang rendah.
·     Pelajar dapat mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan     kefahaman idea tersebut.
·   Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses pembelajaran yang telah dilaluinya.
·   Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang asal dengan idea yang baru


Konstruktivisme radikal
·  Proses penyesuaian dinamik yang menuju ke arah interpretasi yang berguna untuk    pengalaman.
·  Pelajar tidak semestinya membina pengetahuan dari dunia yang sebenar.
· Tidak menafikan realitI yang objektif tetapi dalam keadaan tertentu,ia menonjolkan keadaan manusia yang membina realiti mereka sendiri kerana tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.
· Pelajar individual sebagai seorang pembina



Kesimpulan
·         Konstruktivisme sesungguhnya boleh menunjukkan teori komunikasi.
·         Memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran
  dan pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan sendiri masa yang           diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.
·         Guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
·         Beban guru sebagi pengajar akan berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator

7 comments:

  1. Info yang sangat berguna. Terima kasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. thanks also. sangat membantu, ayat dan penerangan mudah difahami. :)

    ReplyDelete
  3. Tq so much for the info.. It is very helpful for my homeworks.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian...sangat membantu bagi yg memerlukan.

    ReplyDelete
  5. tqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtqtq

    ReplyDelete
  6. sy ambil sedikit sebagai rujukan yaa

    ReplyDelete

Pages