Thursday, September 30, 2010

Biodata Pengasas


Sejarah hidup Lev Vygotsky bermula ketika beliau dilahirkan pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934. Beliau merupakan seorang psikologi berbangsa Rusia. Beliau juga seorang guru dan sarjana sastera. Beliau mendapatkan pendidikan awal daripada ibunya sendiri yang merupakan seorang guru dan mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Beliau turut mendapat pengaruh dari sepupunya David Vygotsky. Beliau meneruskan pengajian sekolah menengahnya di sebuah sekolah persendirian. Menamatkan pengajian sekolah menengahnya dengan anugerah medal emas. Beliau menamatkan pengajian di Moscow State University pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat. Antaranya ialah Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad dan Kharkow di mana beliau bekerja keras menyatakan ideanya tentang perkembangan kognitif.

Karya, idea dan nama Lev Vygotsky telah
 diharamkan oleh Joseph Stalin yang memerintah Russia pada masa itu. Selama lebih 20 tahun karya dan idea Vygotsky tidak dibenarkan disebarkan di khalayak ramai.. Para ahli psikologi telah mengangkat semula idea-idea Vygotsky dan memperkenalkan di bidang psikologi dunia sehingga ke hari ini. Beliau percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan budaya. Melalui interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, rakan, orang dewasa lain, sekolah dan sebagainya. Bayi lahir dengan beberapa “fungsi asas mental” (elementary mental function), iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori. Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosiobudaya.Teorinya ini juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya. Beliau telah menulis buku tentang ‘Pemikiran dan Bahasa' dan ‘Fikiran Masyarakat’.

2 comments:

Pages