Thursday, September 30, 2010

Tokoh dan Prinsip



TOKOH DAN PRINSIP

Jean Piaget ( 1896-1980)

1. Merupakan seorang ahli biologi san ahli psikologi yg terkenal atas sumbangan beliau dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran.

2. Teorinya berasaskan kepada premis kanak-kanak yang sedang membesar sering membina unsur kongnitif iaitu:
  • Peta mental
  • Skema
  • Jaringan konsep

Bertujuan untuk memahami serta memberi respon terhadap pengalaman fizikal dalam persekitaran mereka.

3. struktur kongnitif kanak-kanak semakin betambah kompleks selaras dengan perkembangan yang dilalui.

Piaget dan Konstruktivis Kongnitif

Prinsip-prinsip asas teori ini menurut piaget terdiri daripada 2 aspek :
  • Proses yang kiata lalui untuk memperoleh sesuatu
  • Peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut.

Piaget juga berminat mengenai sesuatu organisme menyesuaikan diri (adaptasi) dengan persekitaran dimana ia berada.

Tingkahlaku kita juga di kawal melaui struktur mental yang dipanggil skema.

Skema digunakan untuk mengambil tindakan ke atas sesuatu perkara.

Perkara ini sebenarnya dikawal oleh satu desakan biologi agar dapat mengimbangkan skema dengan persekitaran.

Keseimbangan ini dikenali sebagai ekuilibrasi.

Kita menggunakan 2 proses untuk membuat adaptasi dengan persekitaran kita iaitu:
  • Asimilasi
  • Akomodasi

ASIMILASI

  1. Merupakan satu proses memuatkan maklumat baru dalam struktur kongnitif sedia ada.

  1. Proses ini berlaku sepanjang masa kerana kita sering memproses pelbagai jenis maklumat dan pengalaman.

  1. Ini adalah satu perubahan kuantatif kerana tidak terhasil skema baru. Hanya skema digunakan.

  1. Contohnya:
Skema menghisap borol susu besar oleh seorang bayi yang biasa menghisap susu dengan menggunakan botol kecil.


AKOMODASI

  1. Merupakan proses mengubah struktur kognitif untuk menerima sesuatu daripada persekitaran.

  1. Berlaku apabila berdepan dengan pengalaman baru.

  1. Wujudnya skema baru untuk menempatkan maklumat atau pengalaman baru ataupun mengubahsuai skema sedia ada agar boleh memuatkan maklumat atau pengalaman baru.

  1. Contohnya:
           Mengubahsuai skema menghisap botol sisi kepada menghisap jus
           oren dengan menggunakan straw minuman.

Info tambahan

  • Semakin skema bertambah kompleks, semakin ia akan menjadi dtruktur kongnitif.
  • Semakin struktur kongnmitif menjadi kompleks, semakin ia akan disusun mengikut hirarki. (umum kepada khusus)

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KONGNITF

  • Proses berikir akan berkembang secara berperingkat-peringkat sehingga kita boleh berfikir secara logik.
  • Belajar secara ringkas mengenai keempat-empat peringkat perkembangan kongnitif.
                                                      
  1. peringkat sensorimotor (sejak lahir- 2 tahun)

    • Bayi dan kanak-kanak kecil akan menggunakan deria dan kebolehan motor untuk menimba pengalaman daripada persekitaran mereka.
    • Jikalau mereka tidak boleh lihat atau sentuh sesuatu objek, mereka tidak akan mencari objek tersebut.

  1. Peringkat pra operasional ( 2-7 tahun)

    • kanak-kanak yang berada di prasekolah akan menggunakan simbol bahasa untuk mewakili objek sebenar.

    • Contoh: jika guru sekolah menunjukkan sesuatu gammbar kanak-kanak tersebut akan faham apa yang diwakili dalam gambar tersebut walaupun objek sebenar tidak ditunjukkan.

JENIS-JENIS PENGABDIAN ANAK-KANAK PRA-OPERASIONAL

  • Pengabdian jisim
  • Pengabdian nombor
  • Pengabdian panjang\pengabdian isi padu
  • Pengabdian luas.


  1. Peringkat Operasional Konkrit (7-11 tahun)

    • Kanak-kanak berada di peringkat sekolah rendah mula berfikir secara logik.

    • Mereka boleh menyelesaikan tugasan berkaitan dengan pengabdian .

    • Walaupun objek diubah kedudukan atur disusn semula, mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku.

    • Boleh faham konsep pembalikan.

    • Contoh: boleh menyelesaikan 5 + 6 = 11 dan 6 – 5 = 1


  1. peringkat operasi formal (11 tahun ke atas)

    • kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu-satu masalah.

    • Berupaya berfikir secara abstrak.

    • Boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.
TOKOH DAN PRINSIP



Lev Vygotsky ( 1896 – 1934 )

  • Menurut beliau, pemikiran bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui interaksi sosial.

  • Kebolehan intelaek adalah spesifik kepada budaya dimana kita dipelihara dan dibesarkan.

Vygotsky dan Konstruktivis sosial.

  • murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial.

  • Guru perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka mengkaji serta memanipulasi objek sedia ada.

  • Disebabkan setiap murid hádala berbeza dalam pelbagai aspek, sudad pasti pengalaman serta pengetahuan mereka juga berbeza antara satu sama lain.

Zon Perkembangan Proximal

  1. Tahap perkembangan murid terbahagi kepada dua bahagian :
Tahap perkembangan serenar
Tahap perkembangan berpotensi

  1. Zon perkembangan ini merujuk kepada jarak antara tahap perkembangan sebenar ( yang ditentukan oleh kebolehan menyelesaikan masalah secara individu) dan tahap perkembangan berpotensi ( yang ditentukan oleh proses penyelesaian masalah dengan bimbingan orang dewasa yang lain ataupun rakan sebaya yang lebih berkebolehan)

  1. setelah berinteraksi, Almu seseorang murid itu meninggkat, sudad berlaku perubahan dari segi ( ZPD ) dimana tahap perkembangan sebenar sudad meluas.

  1. ZPD murid sentiasa berubah-ubah.

Konsep Perencah ( scaffolding)

  • Digunakan sebagai satu metáfora.

  • Merujuk lepada bimbingan yang diberi oleh orang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan yanmg berfokus dan interaksi yang bersikap positif.

  • Memberikan bimbingan tanpa mengetepikan kehendak murid untuk berkembang.

  • Cabarannya ilah mencari imbangan yang optimum antara memberi sokongan dan memberi peluang kepada murid untuk bertindak secara berdikari.

Implikasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

  • Kurikulum yang terdapat disekoalah haruslah berlandaskan pengalaman murid.

  • Penekanan hendaklah diberikan kepada Qaeda menyelesaikan masalah secara hands-on.

  • Guru merancang strategi-strategi pengajaran yang lebih mencabar dan merangkumi pelbagai aspek.

  • Pengujian berasaskan gred seelok-eloknya dihapuskan.

No comments:

Post a Comment

Pages