Thursday, September 30, 2010

Kesimpulan

Teori Vgotsky menekankan pada pembelajaran sosiokultural. Inti dari teori Vygotsky iaitu penekanan pada interaksi pembelajaran antara aspek internal dan aspek eksternal pada lingkungan sosial. Menurut teori Vygotsky, fungsi kognitif berasal dari interaksi sosial masing-masing individu dalam konsep budaya.
Zon perkembangan proximal ( ZPD ) ialah istilah Vygotsky untuk tugas-tugas yang terlalu sulit untuk dikuasai sendiri oleh anak-anak, tetapi yang dapat dikuasai dengan bimbingan dan bantuan dari orang-orang dewasa atau anak-anak yang lebih terampil. Teori kontrukivis sosial dibangun berdasarkan pengembangan yang dibuat oleh Lev Vygotsky. Vygotsky menekankan pada lingkungan sosial yang ikut membantu perkembangan seorang anak. Bagi Vygotsky, budaya sangat berpengaruh sekali dalam membentuk strutur kognitif anak. Yang membantu perkembangan anak bukan hanya guru, tetapi jaga anak-anak yang lebih dewasa. Vygotsky mengemukakan konsep mengenai Zon Perkembangan Proksimal
Terdapat empat prinsip dasar dalam penerapan teori Vygotsky iaitu belajar dan berkembang adalah aktiviti sosial dan kolaboratif, seorang yang lebih dewasa dapat menjadi pemandu dalam menyusun kurikulum dan pelajaran , pembelajaran disekolah harus dalam konteks yang bermakna, tidak boleh dipisahkan dari pengetahuan anak-anak yang dibangun dalam dunia nyata mereka dan pengalaman anak diluar sekolah harus dihubungkan dengan pengalaman mereka di sekolah.

Analisis SWOT

Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada strenghts, weakness, opportunities, dan threats adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang mengetuai projek penyelidikan di Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari syarikat-syarikat Fortune 500.

Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori Pembelajaran Konstruktivis. Antara
 Strength atau kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratifditerapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisional seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya atau
 Weakness yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru. Menurut Mok Soon Sang (2006), kelemahan seterusnya adalah,ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya.

Cara mengatasi kekurangan dalam teori konsruktivis iiatu peluang atau
opportunity ialah melalui peranan murid dan guru. Murid perlu mengambilinsiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, murid selaluberbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham. Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori ini, murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina pengetahuan
Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu
 bertindak menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka melalui mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Guru perlu juga menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk penyelesaian,menganalisis, meramal,meneroka dan membuat hipotesis serta menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka disamping menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir sekali, guru perlu memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan. tertentu.

Teori ini memperlihatkan beberapa ancaman atau
 threat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah melalui cabaran guru konstruktivisme iaitu guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis d
ianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru. Di samping itu,kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasanakelas dalam kawalan tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

Implikasi Teori Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara implikasi teori konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajarandengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal ini adalah kerana segala pembelajaran yang dilakukan adalah lebih berpusat kepada murid di mana murid belajar melalui segala proses membuat atau beraktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di dalam kelas. Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan keupayaan murid adalah sangat ditekankan kerana sekiranya hampir kesemua murid di dalam sesuatu kelas itu tidak mampu menguasai sesuatu proses pembelajaran, maka, proses pembelajaran yang dilakukan oleh guru itu adalah tidak berjaya sama sekali.

Selain itu, implikasi lain bagi teori konstruktivisme ini ialah g
uru haruslah dapat mengenal pasti Zon Perkembangan terdekat ( ZPD ) atau juga dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap murid tersebut sama ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran.

Menjadi tanggungjawab guru-guru juga untuk 
memilih beberapa orang murid yang lebih berkemahiran untuk mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses pembelajaran. Bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir adalah sangat membantu kerana berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu lebih selesa diajarkan oleh rakan-rakan yang lebih dikenali dan mesra. Kanak-kanak juga sebenarnya adalah lebih mudah memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika dibandingkan dengan guru.

Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah
menyediakan lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.

Guru juga seharusnya 
mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid dengan situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar, murid secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas.

Seterusnya,
gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah satu strategi yang baik sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan murid-murid. Melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan, murid secara tidak langsung dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas daripada rakan-rakan yang lebih mahir serta dapat meluahkan buah fikiran mereka. Perbincangan dalam kumpulan juga dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid kerana setiap murid berpeluang memberikan idea serta pandangan masing-masing.

Implikasi teori ini yang terakhir sekali ialah guru haruslah 
sentiasa memberikan penerangan yang jelas kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penerangan yang jelas ini adalah sangat penting kepada murid-murid kerana tanpa penerangan yang jelas, murid berkemungkinan akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sesi pengajaran tidak berjalan dengan lancar. Maka, penerangan guru haruslah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid. Guru juga adalah digalakkan sama sekali untuk menyertakan pelbagai contoh ketika sesi perbincangan bersama murid.

Definisi Mengikut Pandangan Tokoh

Mengikut Briner (1999) dalam laman sesawang www.scribd.com,pembelajaran secara konstruktivisme berlaku di mana pelajar membina pengetahuan dengan menguji idea dan pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya pada satu situasi baru dan mengintegerasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Manakala mengikut 
Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran berasaskan kepada penelitian tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan peneliti berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.
Brooks dan Books (1993) pula menyatakan konstruktivisme berlaku apabila pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru pada apa yang mereka telah faham sebelum ini.
Sushkin (1999) pula menyatakan penekanan diberikan pada pelajar lebih daripada guru. Ini kerana pelajar yang bertindak balas dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Pada teori ini, menekankan pada pelajar untuk mencari cara sendiri untuk setiap penyelesaian masalah sehingga dapat ditemukan cara yang sesuai dengan dirinya.

Konsep Scaffolding Vygotsky

Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010), konsep ini merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi yang bersifat positif.

Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu, namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baharu secara lebih sistematik. 

Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan sebaya juga memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak berlawanan dengan pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara kooperatif ( cooperative groupwork) yang mempercepat perkembangan kanak-kanak.

Definisi Konstruktivisme


Definisi Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi melalui pengalaman pancaindera ataupun terdapat
pengetahuan sejati dalam mental pelajar.
Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar untuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran, penerangan ataupun “perpindahan” pengetahuan kepada pelajar,tetapi merupakan penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar membina konsep mental yang diperlukan .   Pendekata,ilmu pengetahuan diperolehi dengan cara pembinaan pelajar sendiri melalui pengalaman,renungan & pengabstrakan.
Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri. Guru cuma berperanan sebagai fasilitator ataupun pembimbing

Prinsip Pembelajaran Konstruktivime
Pembelajaran adalah satu proses aktif.
Manusia belajar semasa mereka belajar.
Minda yang aktif bukan fizikal
Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial.
Pembelajaran adalah kontekstual.
Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh dipelajari.
Pembelajaran memerlukan masa.
Motivasi dalam pembelajaran adalah penting





 Apakah kontruktivisme?
·         Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru 
·         Konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang diasaskan kepada beberapa teori pembelajaran, di antaranya teori perkembangan kognitif dan teori kognitif sosial.
·         Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia membina pemahaman dan pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan mengalami dan membuat refleksi ke atas pengalaman tersebut.
·         Konstruktivisme merupakan satu pendekatan yang didapati sesuai dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran . Dalam pendekatan ini murid dianggap telah mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum dipelajari. Idea tersebut mungkin benar atau tidak.

Konstruktivisme melibatkan lima fasa, iaitu:
·         Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran melalui soal jawab atau ujian.
·         Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau pendiriannya.
·         Guru membimbing murid menstruktur semula idea.
·         Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh untuk menguji kesahihannya.
·         Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama dengan idea yang baru diperoleh.
·         “Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar”. Apakah pendapat anda? 




Cara-cara Pelajar Membina Konsep konstruktivisme

  •   Pelajar membuat penyelesaian matematik dengan manipulatif.
  •   Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka.
  •  Pelajar menulis hasil pengalaman mereka.
  • Pelajar belajar cara penemuan mereka.
  • Pelajar berfikir secara mencapah.
  • Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka

Keberkesanan strategi pengajaran kontruktivisme
·        Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu konsep.
·        Pelajar dapat berkongsi persepsi/pandangan/idea antara satu sama lain.
·       Pelajar dapat menerima serta menghormati semua pandangan daripada rakan-rakan 
·      Semua pandangan diterima dan tidak dipandang rendah.
·     Pelajar dapat mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan     kefahaman idea tersebut.
·   Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses pembelajaran yang telah dilaluinya.
·   Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang asal dengan idea yang baru


Konstruktivisme radikal
·  Proses penyesuaian dinamik yang menuju ke arah interpretasi yang berguna untuk    pengalaman.
·  Pelajar tidak semestinya membina pengetahuan dari dunia yang sebenar.
· Tidak menafikan realitI yang objektif tetapi dalam keadaan tertentu,ia menonjolkan keadaan manusia yang membina realiti mereka sendiri kerana tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.
· Pelajar individual sebagai seorang pembina



Kesimpulan
·         Konstruktivisme sesungguhnya boleh menunjukkan teori komunikasi.
·         Memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran
  dan pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan sendiri masa yang           diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.
·         Guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
·         Beban guru sebagi pengajar akan berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator

Definisi


Definisi Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi melalui pengalaman pancaindera ataupun terdapat
pengetahuan sejati dalam mental pelajar.
Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar untuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran, penerangan ataupun “perpindahan” pengetahuan kepada pelajar,tetapi merupakan penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar membina konsep mental yang diperlukan .   Pendekata,ilmu pengetahuan diperolehi dengan cara pembinaan pelajar sendiri melalui pengalaman,renungan & pengabstrakan.
Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri. Guru cuma berperanan sebagai fasilitator ataupun pembimbing

Prinsip Pembelajaran Konstruktivime
Pembelajaran adalah satu proses aktif.
Manusia belajar semasa mereka belajar.
Minda yang aktif bukan fizikal
Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial.
Pembelajaran adalah kontekstual.
Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh dipelajari.
Pembelajaran memerlukan masa.
Motivasi dalam pembelajaran adalah penting

 Apakah kontruktivisme?


  • Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru 
  • Konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang diasaskan kepada beberapa teori pembelajaran, di antaranya teori perkembangan kognitif dan teori kognitif sosial.
  • Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia membina pemahaman dan pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan mengalami dan membuat refleksi ke atas pengalaman tersebut.
  • Konstruktivisme merupakan satu pendekatan yang didapati sesuai dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran . Dalam pendekatan ini murid dianggap telah mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum dipelajari. Idea tersebut mungkin benar atau tidak.

Konstruktivisme melibatkan lima fasa, iaitu:



  •     Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran melalui soal jawab atau ujian.
  •      Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau pendiriannya.
  •       Guru membimbing murid menstruktur semula idea.
  •      Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh untuk menguji kesahihannya.
  •      Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama dengan idea yang baru diperoleh.

Cara-cara Pelajar Membina Konsep konstruktivisme


  •   Pelajar membuat penyelesaian matematik dengan manipulatif.
  •   Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka.
  •  Pelajar menulis hasil pengalaman mereka.
  •  Pelajar belajar cara penemuan mereka.
  •  Pelajar berfikir secara mencapah.
  •  Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka

Keberkesanan strategi pengajaran kontruktivisme


  •  Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu konsep.
  •  Pelajar dapat berkongsi persepsi/pandangan/idea antara satu sama lain.
  •  Pelajar dapat menerima serta menghormati semua pandangan daripada rakan-rakan mereka.
  • Semua pandangan diterima dan tidak dipandang rendah.
  •  Pelajar dapat mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut.
  • Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses pembelajaran yang telah dilaluinya.
  • Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang asal dengan idea yang baru


Konstruktivisme radikal


  • Proses penyesuaian dinamik yang menuju ke arah interpretasi yang berguna untuk            pengalaman.
  • Pelajar tidak semestinya membina pengetahuan dari dunia yang sebenar. 
  • Tidak menafikan realitI yang objektif tetapi dalam keadaan tertentu,ia menonjolkan keadaan manusia yang membina realiti mereka sendiri kerana tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.
  • Pelajar individual sebagai seorang pembina
Kesimpulan


  • Konstruktivisme sesungguhnya boleh menunjukkan teori komunikasi.
  • Memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. 
  • Guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
  • Beban guru sebagi pengajar akan berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator

Prinsip Konstruktivisme

Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar.
Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:
1.   Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
2.   Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.
3.   Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.
4.   Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
5.   Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
6.   Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
7.   Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
8.   Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.
9.   Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.
10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik  darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.
12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat    menyatakan kecenderungan masing-masing.
Disunting oleh:
Ng Kim Choy
 (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
06 Ogos 1999
http://www.teachersrock.net

Pengertian Kontruktivisme

  1. Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
  1. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
  1. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme
Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan

Objektivisme
Konstruktivisme
Tanggapan Utama
Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajar
Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak
Kesan
Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu murid
Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi
Respons Guru
"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan"
"Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"


 Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivisme dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivisme yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.
Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya.

Pages